Pada masa ini terdapat banyak institusi kewangan di Malaysia yang menawarkan produk pinjaman dan kad kredit.
Sebelum Anda memohon pinjaman atau kad kredit, sudah tentu institusi kewangan akan menyemak CTOS dan CCRIS Anda.
Ramai orang di Malaysia masih tidak tahu tentang CTOS dan CCRIS. Pada asasnya CTOS dan CCRIS adalah laporan kredit mengenai pengurusan kewangan (kredit) individu atau syarikat.
Ramai yang berpendapat CTOS dan CCRIS adalah sama, tetapi secara asasnya kedua-dua laporan ini berbeza.