Apa Itu Pelaburan ASB (Amanah Saham Bumiputera)? | Tips

Siapa sahaja yang tidak pernah mendengar tentang ASB ini. ASB ini begitu popular dan sering diperbincangkan.

Malah, semua mak cik dan pak cik kita pasti akan bertanya, “Adakah kamu mempunyai akaun ASB?” Jika ada, baguslah.

Tetapi jika tidak, mereka akan terus merungut tentang kita sebagai ‘anak muda yang tidak pandai menguruskan wang’.

Tetapi sebenarnya, apa itu ASB? Mengapa begitu ramai orang begitu pentingkan ASB sehingga mereka melaburkan simpanan dalam ASB?

Sebenarnya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini adalah satu jenis dana unit amanah yang perlu dimiliki oleh warganegara Bumiputera Malaysia.

Tetapi masalahnya, tidak semua orang memahami apa itu ASB dan mengapa ia dapat membantu mereka.

Apa Maksud ASB?

apa itu asb

Syarikat Amanah Saham Berhad (ASB) telah secara rasmi dilancarkan pada 2 Januari 1990 sebagai satu alternatif simpanan untuk membantu golongan bumiputera.

Pelaburan dalam ASB mempunyai potensi untuk menghasilkan pulangan atau faedah jangka panjang yang konsisten kerana ia dijamin oleh kerajaan.

Ini bermakna setiap tahun anda akan menerima pulangan yang konsisten. Harga setiap unit dana ASB adalah RM1.00.

Selain itu, tiada yuran penjualan atau yuran penebusan unit ASB yang akan dikenakan. Namun, ASB mempunyai had pelaburan yang ditetapkan iaitu maksimum RM200,000 sahaja.

Had ini tidak berlaku jika dividen yang diperoleh melebihi had pelaburan. Sebagai contoh, had pelaburan ditetapkan pada RM200,000.

Dalam tahun yang akan datang, dijangka setiap pelabur ASB akan menerima dividen sebanyak 10%.

Oleh itu, baki baru dalam akaun akan menjadi RM220,000. Lebihan RM20,000 tidak dikira melebihi had pelaburan kerana ia adalah dividen yang diperoleh.

Sejarah Pulangan Pelaburan ASB

Setiap tahun, Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan mengumumkan dividen kepada semua pemegang unit amanahnya.

Dividen ini akan dikira berdasarkan jumlah minimum yang anda miliki dalam akaun setiap bulan.

Dalam perkembangan terkini, ASB telah mengumumkan dividen sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus (ehsan) sebanyak 0.75 sen seunit.

Ini merupakan berita yang baik, terutama kerana tahun 2020 kita menghadapi krisis pandemik yang mencabar.

Selain daripada dividen, ASB juga memberikan bonus berdasarkan prestasi dana yang dilaburkan.

Kat Mana Nak Beli Dana ASB?

Setelah mengetahui beberapa perkara tentang ASB, di mana sebenarnya anda boleh mendapatkannya?

Selain daripada membuat urusan di cawangan ASNB yang terdapat di seluruh negara, anda juga boleh mendapatkan ASB melalui ejen-ejen ASB berikut:

  • Maybank
  • RHB
  • CIMB
  • Affin Bank
  • Bank Muamalat
  • Bank Islam
  • Hong Leong Bank
  • Bank Simpanan Nasional
  • Alliance Bank
  • Ambank
  • Ambank Islamic
  • BSN
  • CIMB Islamic
  • POS Malaysia
  • Bank Muamalat
  • RHB Asset Management
  • Maybank Islamic
  • RHB Islamic Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • Affin Islamic
  • Hong Leong Islamic Bank

Bank-bank terkemuka di Malaysia berperanan sebagai ejen untuk ASB ini.

Oleh itu, anda berpeluang untuk membeli dan menjual ASB dengan cara berjalan ke cawangan mana-mana bank dan juga pejabat pos.

Kebanyakan ejen bank telah memperluas perkhidmatan perbankan atas talian mereka untuk memudahkan orang ramai membeli dan menjual ASB secara dalam talian.

Selain itu, ASNB sendiri telah menyediakan laman web myASNB dan aplikasi telefon pintar myASNB di Google Play Store dan Apple App Store.

Hukum Pelaburan ASB Bagi Orang Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah membincangkan mengenai Pelaburan Dalam ASN, ASB dan skim serupa.

Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Syarat Kelayakan ASB Invest

Bagi mereka yang berminat untuk melabur dalam Dana ASB, terdapat beberapa syarat utama yang perlu dipatuhi:

  • Warganegara Malaysia yang termasuk dalam kategori Bumiputera, iaitu orang Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak seperti yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Orang Asli seperti yang ditakrifkan dalam Akta Orang Asli 1954.

Kenapa Permohonan Pelaburan ASB Ditolak?

Berikut adalah senarai yang merangkumi beberapa sebab mengapa permohonan untuk melabur dalam Dana ASB akan ditolak:

  • Tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia.
  • Pemegang unit yang telah kehilangan status sebagai warganegara Malaysia.
  • Bukan merupakan Bumiputera/Pribumi Sabah/Pribumi Sarawak/Orang Asli (untuk dana unit amanah yang ditujukan hanya kepada Bumiputera).
  • Tidak dapat mengemukakan dokumen yang sah untuk menunjukkan kewarganegaraan atau status Bumiputera yang membenarkan untuk melabur.
  • Gagal memberikan respons yang diperlukan setelah menerima surat amaran dari ASB.

Tips Melabur ASB (Amanah Saham Bumiputera)

Ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang dividen apabila melabur dalam ASB.

Pihak ASNB akan mengumumkan dividen pada akhir tahun, iaitu pada bulan Disember, dan pengiraan dividen berdasarkan kepada baki terendah setiap bulan.

Oleh itu, anda tidak boleh mengharapkan bahawa jika anda melakukan pelaburan tambahan pada akhir tahun, sebagai contoh RM10,000 pada bulan Disember, anda akan menerima dividen berdasarkan jumlah pelaburan tambahan tersebut.

Persoalan yang sering diajukan oleh pelabur ASB, sebagai contoh pada tahun 2020, diumumkan bahawa dividen adalah 4.25%, adakah kita dapat mengira dividen secara terus daripada jumlah keseluruhan pelaburan?

Jawapannya adalah boleh jika, sepanjang tahun 2020, pelabur tidak melakukan pelaburan tambahan atau pengeluaran dalam ASB.

Jika ada transaksi yang dilakukan, pengiraan dividen akan berdasarkan kepada baki terendah setiap bulan.

Oleh itu, saya akan berkongsi beberapa tips yang perlu anda ketahui apabila melabur dalam ASB.

Tips Pertama: Semasa Melakukan Pelaburan Tambahan

amanah saham nasional berhad

Satu tips yang berguna apabila melakukan pelaburan tambahan di ASB adalah ‘apakah waktu yang sesuai untuk melabur di ASB?’

Tip ini amat membantu bagi pelabur yang sering melakukan transaksi sama ada pelaburan tambahan atau penjualan semula ASB, kerana baki terendah anda akan berubah setiap kali anda membuat transaksi.

Jika anda ingin membuat pelaburan tambahan untuk bulan tersebut, disyorkan agar anda melakukannya sebelum bulan tersebut atau sekurang-kurangnya pada hari pertama bulan tersebut.

Ini kerana anda dapat meningkatkan baki terendah anda untuk mendapatkan dividen yang lebih tinggi pada bulan tersebut.

Sebagai contoh, jika baki anda pada bulan Mac 2024 adalah sebanyak RM20,000 dan anda ingin membuat pelaburan tambahan pada bulan April sebanyak RM2,000.

Anda disarankan untuk melakukannya sebelum bulan April atau pada hari pertama bulan April, iaitu 1 April 2024, bagi meningkatkan baki terendah anda untuk pengiraan dividen pada bulan April.

Jika anda berbuat demikian, baki terendah anda akan meningkat kepada RM22,000 pada bulan April.

Namun, jika anda terlambat melakukan pelaburan tambahan untuk bulan tersebut, sebagai contoh pada 2 April 2024, baki terendah anda akan tetap pada RM20,000 untuk bulan April dan RM22,000 akan dikira mulai bulan Mei 2024.

Tip Kedua: Semasa Melakukan Jualan Balik

apa itu simpanan asb

Tip ini serupa dengan membuat pelaburan tambahan iaitu ‘apakah waktu yang sesuai untuk mengeluarkan wang dari ASB?’

Apabila seseorang pelabur ingin mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun ASB, waktu yang sesuai untuk melakukan transaksi tersebut adalah pada awal bulan.

Mengapa pada awal bulan?

Ini disebabkan jika anda mengeluarkan wang ASB pada pertengahan atau akhir bulan, anda akan mengalami kerugian kerana baki terendah anda pada bulan tersebut akan menurun jika anda berbuat demikian.

Ini berbeza dengan membuat pelaburan tambahan kerana jika anda melakukan transaksi pengeluaran pada bila-bila masa dalam bulan tersebut, baki terendah anda akan menurun mengikut jumlah baki anda.

Sekurang-kurangnya biarkan bulan tersebut berakhir dengan nilai baki terendah yang tinggi.

Sebagai contoh, pada 28 Oktober 2024, anda mempunyai baki sebanyak RM22,000 dan anda bercadang untuk mengeluarkan RM5,000.

Anda dinasihatkan untuk melakukan pengeluaran pada awal bulan atau pada bulan berikutnya.

Kerana jika anda melakukannya pada bulan Oktober, anda akan mengalami sedikit kerugian kerana baki terendah anda pada bulan Oktober akan menjadi RM17,000.

Oleh itu, jika anda tidak memerlukan wang pada masa tersebut, disarankan agar anda mengekalkan simpanan dalam ASB selama yang mungkin untuk menjaga baki terendah dan meningkatkan jumlah dividen yang akan anda perolehi pada akhir tahun atau awal tahun hadapan.

Tip Ketiga: Menguruskan Pinjaman ASB

maksud asb

Pelabur juga berpeluang untuk menambah pelaburan mereka dengan mendapatkan pinjaman daripada bank dan menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam ASB.

Pada dekad ini, banyak bank menawarkan pinjaman ASB kepada pelabur dengan kadar faedah yang rendah, bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank tersebut.

Pelabur boleh mendapatkan pinjaman sehingga maksimum RM200,000 dan membayarnya dalam tempoh 5 hingga 40 tahun.

Apa yang perlu diketahui tentang pinjaman ASB adalah bahawa wang pinjaman yang disalurkan ke dalam akaun ASB tidak boleh dikeluarkan, dan hanya dividen sahaja yang boleh ditarik keluar semasa tempoh pinjaman.

Terdapat banyak persepsi berkenaan dengan keuntungan pinjaman ASB, terutamanya kerana pulangan dividen ASB telah mengalami penurunan pada akhir-akhir ini.

Namun, pinjaman ASB masih dapat memberikan keuntungan jika dikelola dengan baik. Ramai pelabur menggunakan pinjaman ASB untuk mempercepatkan pertumbuhan dividen.

Dalam menguruskan pinjaman ASB, pelabur disarankan agar tidak mengeluarkan dividen yang diperoleh supaya jumlah dividen tersebut dapat dikompaunkan bersama dengan jumlah pinjaman.

Oleh itu, adalah rugi jika pelabur mengambil dividen secara terus-menerus setiap kali dividen diperoleh.

Sebagai contoh, jika seorang pelabur mendapatkan pinjaman ASB sebanyak RM50,000 dan memperoleh dividen sebanyak RM3,000 dengan kadar 6%, adalah rugi jika pelabur tersebut mengeluarkan dividen tersebut.

Jika pelabur terus mengulangi tabiat tersebut, jumlah dividen yang diterima setiap tahun akan tetap sama.

Walau bagaimanapun, jika pelabur mengamalkan konsep ‘compounding’ dan tidak mengeluarkan dividen, jumlah dividen yang diterima akan terus meningkat setiap tahun.

Oleh itu, pelabur perlu berfikir secara matang sebelum mengambil pinjaman dan menilai kesesuaian jumlah pinjaman ASB agar tidak merasa terbeban.