AsasKewangan.com – Bantuan SARA 2024, juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah, telah menerima sentuhan baru sebagai inisiatif bantuan subsidi yang ditujukan kepada golongan yang paling terkesan oleh kenaikan kos sara hidup.
Kerajaan telah memperkenalkan program ini sebagai langkah pertama dalam menangani kesenjangan ekonomi dan memperkuat prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kerangka ekonomi Kerajaan MADANI.
“Transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan memartabatkan rakyatnya. Penambahbaikan program SARA 2024 adalah langkah pertama untuk menangani jurang antara kaya dan miskin dan membina masyarakat inklusif dalam rangka kerja ekonomi MADANI,” kata Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dalam Belanjawan 2024, bantuan SARA telah diperluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.