Apa Maksud Authorised & Paid Up Capital in Malay? | Beza

Syarikat kini mengoperasikan di bawah Akta Syarikat 2016, di mana konsep modal dibenarkan (Authorised Capital) tidak lagi wujud.

Meskipun demikian, saya tidak bercadang untuk menghapuskan pos ini, kerana tujuan saya dalam membangunkan artikel ini adalah untuk berkongsi maklumat.

Bagi mereka yang berminat untuk membuka atau telah membuka syarikat, sudah pasti mereka pernah mendengar istilah “Modal Dibenarkan (Authorised Capital) dan Modal Berbayar (Paid Up Capital).”

Apa Itu Authorised Capital (Modal Dibenarkan)?

authorized capital in malay

Authorised Capital ialah jumlah maksimum modal yang boleh diserap oleh syarikat.

Sebagai contoh, jika Authorised anda adalah RM1 juta, maka anda hanya dapat meletakkan atau menjual saham syarikat anda sehingga jumlah tersebut, tidak boleh melebihi jumlah tersebut.

Pada tahun 2014, setiap syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan diberikan authorised capital sebanyak RM400,000 dengan bayaran RM1,000.

Anda berpeluang untuk meningkatkan authorised capital tersebut pada bila-bila masa.

Berikut adalah jadual bayaran yang dikenakan oleh SSM (Nota: refer di Second schedule Company act 1965) (dan bayaran ini tidak bermaksud stamping dan lain-lain).

Authorised Capital (RM)Registration Fee Payable to SSM (RM)
Up to 400,0001,000
400,001- 500,0003,000
500,001 to 1 million5,000
1,000,001 to 5 million8,000
5,000,001 to 10 million10,000
10,000,001 to 25 million20,000
25,000,001 to 50 million40,000
50,000,001 to 100 million50,000
100 million and above70,000

Apa Itu Paid Up Capital (Modal Berbayar)?

paid up capital in malay

Modal Berbayar atau Paid-up capital adalah jumlah modal yang telah disumbangkan oleh pemegang saham atau pengarah syarikat sebagai wujud nilai kepemilikan saham individu dan juga sebagai sumber modal untuk kegiatan perniagaan.

Aminah, Ahmad, dan Jackie bergabung untuk membuka syarikat AAJ Sdn. Bhd. Mereka menjadi pemegang saham dalam syarikat tersebut.

Semasa pendaftaran syarikat AAJ Sdn. Bhd., Aminah menyumbangkan jumlah wang sebanyak RM50,000, Ahmad menyumbangkan RM30,000, dan Jackie menyumbangkan RM20,000.

Jumlah keseluruhan wang tersebut, iaitu RM100,000, akan digunakan sebagai modal berbayar (paid-up capital) untuk syarikat AAJ Sdn. Bhd.

Apabila mempertimbangkan jumlah sumbangan yang telah dilakukan ke syarikat, Aminah menjadi pemegang saham terbesar dengan 50,000 unit saham, diikuti oleh Ahmad dengan 30,000 unit saham, dan Jackie dengan 20,000 unit saham.

Adakah nilai setiap unit saham adalah RM1? Jawapannya, TIDAK.

Nilai setiap unit saham boleh ditetapkan dengan harga RM5 atau harga lain yang telah disepakati oleh para pemegang saham syarikat.

Nilai ini akan ditentukan melalui perjanjian yang dibuat oleh pemegang saham syarikat.

Adakah kita boleh mendapatkan kembali wang yang telah kita sumbangkan sebagai modal berbayar syarikat? Jawapannya, TIDAK.

Setelah modal berbayar tersebut dipindahkan ke akaun syarikat, ia menjadi hak milik sepenuhnya syarikat dan pengurusan syarikat bertanggungjawab penuh terhadap penggunaannya.

Seperti membayar bil, gaji pekerja, dan sebagainya. Anda tidak lagi mempunyai hak ke atas wang tersebut.

Cara Nak Naikan Paid Up Capital Anda

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan modal berbayar anda.

Salah satunya adalah dengan menyumbangkan wang tunai ke dalam syarikat. Setelah itu, kami sebagai sekretaris syarikat akan menyediakan Form 24 yang baru.

Langkah kedua adalah apabila anda menjalankan perniagaan dan tidak mengambil gaji, gaji yang tertunggak tersebut boleh digunakan sebagai modal berbayar anda.

Langkah ketiga adalah dengan menggantikan harta bukan tunai dan mengubahnya menjadi modal berbayar (proses ini biasanya memerlukan banyak langkah dan kompleks).

Nilai Minimum Modal Berbayar

Walaupun contoh nilai yang diberikan sebelum ini adalah tinggi, sebenarnya anda boleh membuka syarikat dengan modal berbayar serendah RM1, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Sebagai contoh, syarikat yang bergerak dalam bidang import eksport mungkin dikehendaki memiliki modal berbayar sekurang-kurangnya RM1 juta.

Nilai modal berbayar minimum juga mungkin ditetapkan bagi syarikat yang ingin memohon geran atau faedah tertentu.

Oleh itu, bagi calon pemohon, adalah penting untuk menyemak jumlah modal berbayar yang diperlukan sebelum membuat sebarang permohonan.

Bagi mereka yang ingin mendaftar syarikat melalui e-Perolehan untuk mendapatkan tender kerajaan, nilai modal berbayar yang diperlukan adalah RM2,500 untuk kod bidang SSM biasa.

Bagi mereka yang telah mempertimbangkan untuk menyumbangkan RM1 sebagai modal berbayar syarikat, disarankan untuk menyesuaikan jumlah modal berbayar dengan keperluan minimum untuk membuka akaun syarikat di bank pilihan anda.

Apabila anda sudah bersedia untuk membuka akaun bank, adalah baik untuk melaburkan jumlah tersebut ke dalam syarikat anda.

Hal ini kerana setiap bank menetapkan deposit minimum yang diperlukan untuk membuka akaun bank korporat bagi keperluan perniagaan.

Terdapat bank yang menetapkan deposit minimum sebanyak RM1,000 manakala yang lain mungkin memerlukan deposit minimum sebanyak RM2,500.

Nilai Maksimum Paid Up Capital

Apabila membincangkan tentang nilai minimum, tidak jarang orang bertanya tentang nilai maksimum modal berbayar.

Untuk pengetahuan anda, sejak dilaksanakan Akta Syarikat 2016, terdapat pemudahan dalam pengendalian modal berbayar

Dan tidak lagi terdapat sekatan atau nilai maksimum yang dikenakan kepada perniagaan. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pengurusan kewangan syarikat.