I-Saraan KWSP Terkini | Cara Mohon, Kelayakan, & Faedah

Adakah anda tahu bahawa kerajaan dan KWSP telah melancarkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai i-Saraan KWSP?

Inisiatif ini bertujuan untuk membolehkan individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, termasuk suri rumah, menyimpan caruman sukarela untuk persaraan mereka.

Yang lebih menarik, peserta caruman sukarela juga akan mendapat tambahan caruman daripada kerajaan.

Bagi tahun 2023, Kerajaan akan memberikan insentif tambahan sebanyak 15% daripada jumlah caruman, dengan had maksimum RM300 setahun kepada pencarum yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.

Mari kita jelaskan dengan lebih terperinci tentang manfaat insentif ini.

Apa Itu i-Saraan KWSP?

apa itu i-saraan kwsp

Skim Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan individu yang bekerja sendiri dan mereka tanpa pendapatan tetap untuk menyimpan secara sukarela bagi tujuan persaraan, sambil juga menerima tambahan simpanan sebagai insentif dari kerajaan.

Mungkin ramai sudah mengenali konsep i-Suri, walaubagaimanapun, i-Suri memiliki syarat tertentu, seperti untuk suri rumah atau ibu tunggal yang terdaftar dengan e-Kasih.

Sementara itu, i-Saraan terbuka kepada lelaki dan perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak tetap, serta suri rumah yang tidak memenuhi syarat untuk memohon i-Suri.

Tujuannya adalah untuk mendorong mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyimpan secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing.

Di antara tujuan pengenalan i-Saraan KWSP adalah:

  1. Menyediakan saluran kepada individu yang bekerja sendiri dan tanpa pendapatan tetap untuk menyimpan untuk tujuan persaraan.
  2. Meningkatkan bilangan individu yang bekerja sendiri yang menyimpan bersama KWSP.
  3. Menunjukkan kepedulian Kerajaan terhadap mereka yang bekerja sendiri dengan memberikan insentif bagi menyimpan untuk persaraan.
  4. Mengurangkan jumlah warga emas yang bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Selain daripada manfaat sumbangan daripada kerajaan, terdapat juga pelbagai kebaikan lain yang dapat diperoleh daripada i-Saraan KWSP ini.

Individu yang berusia di bawah 60 tahun akan mendapat sumbangan kerajaan sebanyak 15% daripada jumlah simpanan, tertakluk kepada:

  • Lanjutan program i-Saraan untuk tahun 2023.
  • Simpanan sukarela.
  • Sumbangan insentif maksimum sebanyak RM300 setahun.

Jumlah Caruman Minimum / Maksimum

Tiada sekatan jumlah bayaran minimum, sementara jumlah bayaran maksimum adalah RM60,000 setahun bagi semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – mulai berkuat kuasa pada Januari 2013).

Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan?

KWSP akan mengemukakan tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan jumlah caruman bagi separuh tahun pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.

Wang sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam akaun ahli selepas diterima oleh KWSP daripada Kerajaan.

Sum-bangan ini akan ditambah ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).

sumbangan kerajaan kwsp

Faedah i-Saraan KWSP

faedah i-saraan kwsp

Di antara faedah-faedah i-Saraan adalah:

  • Boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Menyediakan saluran persaraan untuk mereka yang bekerja sendiri dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
  • Boleh menyimpan jumlah apa pun pada bila-bila masa, mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
  • Menerima dividen tahunan ke atas simpanan persaraan.
  • Menikmati pelepasan cukai pendapatan.
  • Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP).

Syarat Kelayakan i-Saraan KWSP

syarat kelayakan i-saraan kwsp

Kelayakan untuk i-Saraan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berusia di bawah 60 tahun.
  • Individu yang bekerja sendiri dan mereka tanpa pendapatan tetap.
  • Individu yang melakukan kerja yang menghasilkan pendapatan dan bukan sebagai pekerja.
  • Individu tanpa pendapatan tetap, termasuk suri rumah.
  • Ahli KWSP.
  • Telah membuat pilihan i-Saraan.
  • Mengemukakan Borang KWSP 16G(M).

*Peringatan Penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif pada satu masa.

Jika anda telah mendaftar untuk Insentif Suri (Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP), anda perlu membatalkannya sebelum memohon i-Saraan yang baru.

Walau bagaimanapun, kelayakan individu adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Siapa Yang Boleh Memohon iSaraan KWSP

Semua individu adalah layak untuk mendaftar selagi memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun atau lebih muda
  • Individu yang bekerja sendiri *(Individu yang melakukan aktiviti yang menghasilkan pendapatan dan bukan seorang pekerja)
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat pilihan i-Saraan.

*Contoh-contoh Individu Yang Bekerja Sendiri

  • Petani/nelayan/pemandu teksi.
  • Peniaga kecil/penjaja/peniaga pasar malam/peniaga uptown.
  • Pengasuh bayi.
  • Ejen yang menerima komisen (contohnya: ejen insurans, ejen hartanah).
  • Freelancer (contohnya: menerima bayaran selepas memberikan perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding).
  • Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan.
  • Pemilik perniagaan dalam talian (perniagaan dalam talian).
  • Pemilik praktis sendiri (contohnya: akauntan, doktor, peguam).
  • Suri rumah.
  • Pekerja berpencen.

Cara Mohon Bantuan i-Saraan KWSP

Bagi mendaftar i-Saraan:

  • Isi borang i-Saraan KWSP 16G(M).
  • Daftar secara dalam talian melalui Portal Pendaftaran i-Saraan (https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms) atau Kaunter KWSP.

Pembayaran boleh dilakukan melalui:

  • Perbankan internet melalui Maybank, RHB Bank, Public Bank, Bank Muamalat, Alliance Bank, Hong Leong Bank, Bank Islam, CIMB Bank dan MBSB Bank.
  • Kaunter ejen bank (tunai / cek) melalui BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank.
  • Ejen bank yang berdaftar dengan BSN (https://www.bsn.com.my/page/locate-us?lang=ms-MY).
  • Di mana-mana kaunter pembayaran KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar menggunakan Borang KWSP 6A (2).
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Senarai Pejabat dan Kios KWSP (https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks).

Dokumen yang diperlukan:

  • Kad Pengenalan (MyKad).
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja).
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran).
  • Pembayaran boleh menggunakan tunai, cek, atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan).

Cara Daftar & Saluran i-Saraan Pembayaran Online

Tiada had caruman minimum yang dikenakan setiap bulan. Anda boleh merujuk proses pendaftaran berikut:

Langkah 1

Buka laman web KWSP (i-akaun) atau aplikasi i-akaun KWSP.

Laman web i-Akaun: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member

Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.epf.main&hl=ms&gl=MY

Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/i-akaun/id915682756

atau

Jika anda atau suri rumah telah berdaftar sebagai ahli KWSP, sila klik (copy) pautan berikut: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms untuk mendaftar i-Saraan.

Langkah 2

Tekan butang menu “register i-saraan“.

Langkah 3

Isikan butiran anda & sahkan pendaftaran.

Jika berjaya, anda akan menerima notis seperti gambar di atas.

Langkah 4

Buat caruman.

Terakhirnya, anda berpeluang untuk membuat caruman secara dalam talian atau manual mengikut jumlah yang dikehendaki.

Caruman boleh dilaksanakan melalui saluran berikut:

1. Perbankan Elektronik
– Maybank
– Public Bank
– RHB Bank
– Bank Muamalat
– CIMB Bank

2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)
– BSN Maybank
– Public Bank
– RHB Bank

3. Ejen Bank Berdaftar
– Ejen Bank (EB) BSN

4. Kaunter KWSP

Tunai (sehingga RM500 maksimum) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar.

FAQ (Soalan Lazim) i-Saraan

Bilakah bayaran Insentif Khas i-Saraan dikreditkan ke dalam Akaun KWSP ahli?
Bayaran Insentif Khas i-Saraan akan dimasukkan ke dalam Akaun 1 Ahli dua (2) kali seperti berikut:

a) Untuk tempoh caruman dari Januari hingga Jun, bayaran insentif akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli selepas bulan Julai;

b) Untuk tempoh caruman dari Julai hingga Disember, bayaran insentif akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli selepas bulan Januari tahun berikutnya.
Bolehkah saya memohon pengembalian semula bayaran Caruman i-Saraan yang telah dibayar kepada KWSP?
Tidak boleh. Semua Caruman i-Saraan yang telah dibayar kepada KWSP adalah sah dan tidak boleh diubah.

Oleh itu, ahli perlu memastikan pembayaran dibuat dengan teratur sebelum melanjutkan sebarang transaksi berkaitan.
Bolehkah saya membuat bayaran melebihi had maksimum?
Tidak boleh. Sebarang bayaran yang melebihi had maksimum akan dipulangkan kepada ahli.
Apakah yang akan berlaku sekiranya saya membuat bayaran Caruman i-Saraan jika saya telah berumur melebihi 55 tahun?
Segala caruman yang diterima selepas ahli mencapai usia 55 tahun akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas dan hanya boleh ditarik keluar selepas ahli mencapai usia 60 tahun.