Tahukah anda bahawa individu yang tidak memiliki pendapatan tetap masih berpeluang memiliki rumah melalui inisiatif kerajaan yang dikenali sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Dalam Bajet 2022, Kerajaan mengalokasikan jaminan sehingga RM2 bilion melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk membolehkan akses pembiayaan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Ini merupakan salah satu daripada 3 program yang termasuk dalam inisiatif i-Biaya. Berikut adalah maklumat lebih lanjut mengenai skim ini untuk pengetahuan bersama.
Apa Itu Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)?

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan matlamat membantu individu pertama kali membeli rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau dokumen gaji konvensional.