Cara Beli Emas Online di Malaysia (KAB, Public & Hello Gold)

Emas dikenali sebagai komoditi yang sangat berharga sejak zaman dahulu, kerana mempunyai banyak kelebihan yang sangat menarik. Oleh itu, pada masa ini di Malaysia terdapat banyak institusi yang menawarkan produk emas untuk pelaburan.

Seiring dengan perkembangan zaman, setiap institusi yang menyediakan perkhidmatan jual beli emas menawarkan transaksi jual beli emas secara online atau dalam talian.

Tetapi, apabila Anda melakukan transaksi jual beli emas secara dalam talian Anda perlu berhati-hati kerana terdapat banyak scam yang akan memudaratkan Anda.

Okay, dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan secara terperinci cara beli emas secara online di Malaysia melalui institusi yang sudah rasmi di Malaysia iaitu KAB Gold, Public Gold, dan HelloGold.

Cara Beli Emas Online Via Public Gold

Public Gold adalah salah satu syarikat pelaburan emas dan perak tempatan terbesar di Malaysia. Syarikat ini mempunyai beberapa cawangan di Malaysia.

Lebih menarik, syarikat ini mempunyai muzium emas pertama di Malaysia iaitu Malaysia PG Gold Museum. Syarikat ini ditubuhkan pada 2008 di Pulau Pinang. Syarikat ini dikenali sebagai Public Gold Marketing Sdn.Bhd.

Public Gold adalah antara syarikat yang paling terkenal di Malaysia. Walaupun begitu, masih ramai orang yang bertanya bagaimana cara membeli emas secara online di Public Gold?

Okay jangan risau, kita akan bincang sepenuhnya dalam artikel ini. Pada asasnya terdapat 3 cara Anda boleh membeli emas secara online pada Public Gold, iaitu seperti berikut:

1. Gold Accumulation Program (GAP)

Anda perlu tahu bahawa akaun GAP (Gold Accumulation Program) ini adalah kaedah menyimpan emas tulen 999.9 (24K) sedikit demi sedikit dengan minimum RM100 secara online.

Secara asasnya konsepnya sama seperti akaun bank online secara amnya, bezanya akaun GAP ini memaparkan deposit gram emas manakala akaun bank memaparkan deposit wang ringgit.

Terdapat beberapa langkah yang perlu Anda lakukan untuk dapat membuka akaun GAP pada Public Gold, iaitu seperti berikut:

  • Download app Public Gold di Play Store atau App Store (Tidak wajib kerana jual beli emas boleh dilakukan melalui laman web).
aplikasi public gold
  • Daftar Akaun Gold Accumulation Program (GAP) secara percuma di website rasmi Public Gold (https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register).
  • Lengkapkan beberapa maklumat peribadi seperti (Full Name, ID Type, Enter ID, Date of Birth, Email, Mobile Number, Preferred Branch, Email, Password, Verify Password).
  • Tick “Generate PG Code“.
  • Tick “Subscribe to Newsletter” (tidak wajib).
  • Klik Submit.
  • Anda akan mendapat pautan pengesahan.
  • Klik pautan pengesahan yang Anda dapat untuk mengesahkan akaun Anda.
  • Masukkan kata laluan baharu.
  • Kini Anda boleh log masuk ke akaun Public Gold yang telah Anda buat.
  • Anda akan menerima butiran username dan password Anda melalui email.
  • Selepas log masuk klik GAP (Gold Accumulation Program).
  • Pada dashboard GAP, klik PG Buy.
cara daftar gap old accumulation program public gold
  • Pilih Gold – GAP (Au 999.9).
  • Pilih Payment Method (FPX atau auto debit).
  • Masukkan amaun atau gram emas yang nak dibeli.
  • Tick “I Agree and Understand of the Terms & Conditions“.
  • Klik Place Order.
cara beli emas online gap di public gold
  • Selesai

2. Pembelian Emas Public Gold Outright Purchase

Pada asasnya ciri ini disediakan oleh Public Gold untuk Anda yang ingin membeli emas dalam bentuk fizikal dan kemudian menyimpannya untuk diri sendiri. Anda boleh membeli emas dengan bajet melebihi RM1000.

Boleh simpan emas di rumah atau simpan dalam peti simpanan (safe box). Terdapat beberapa langkah yang boleh Anda lakukan untuk dapat membeli emas Public Gold Outright Purchase, iaitu seperti berikut:

  • Daftarkan diri sebagai ahli secara percuma di laman web rasmi Public Gold (https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register).
  • Sebelum membuat pembelian, Anda perlu mengemas kini profil Anda dan upload IC Anda untuk tujuan stock release.
  • Login di sistem Public Gold (https://publicgold.com.my/index.php?route=account/login).
  • Next klik My Account > Update Profile.
  • Pilih ikon menu 3 baris di belakang penjuru kanan sebelah atas.
  • Klik Order.
cara pembelian emas public gold outright purchase
  • Pilih Purchase Order.
cara beli emas fizikal public gold
  • Pilih emas (item) yang hendak dibeli.
  • Kemudian klik “Add to Cart“. Anda perlu login untuk ke step seterusnya.
cara beli emas atas talian public gold outright purchase
  • Untuk tambah item emas klik Update Cart.
  • Jika Anda sudah selesai memilih item emas, klik Proceed to Next Page.
cara beli emas fizikal secara online
  • Bagi item emas 21.25 gram ke bawah, pilih “GIT Shipment” sebagai collection method.
  • Kamudian “Select Branch to Pickup“.
  • Jika Anda membeli emas untuk diri sendiri pilih “Myself” di bahagian Purchase Order For.
beli emas fizikal public gold melebihi rm1000
  • Tick “I Agree and Understand of the Terms & Conditions and Cancellation Policy (Required)“.
  • Isi TAC Number yang diterima melalui email atau SMS.
  • Klik Send TAC.
  • Klik “Confirm and Proceed to Payment“.
pembelian emas public gold malaysia outright purchase
  • Buat payment.
  • Selesai

3. Syariah Easy Payment Purchase

Ciri ini ditawarkan oleh Public Gold untuk anda yang ingin membuat pembelian dengan bayaran bulanan selama 6 bulan (EPP6) atau 10 bulan (EPP10) jika ada promosi.

Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk membeli emas di Public Gold dengan ciri Syariah Easy Payment Purchase, iaitu seperti berikut:

  • Daftarkan diri sebagai ahli secara percuma di laman web rasmi Public Gold (https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register).
  • Sebelum membuat pembelian, Anda perlu mengemas kini profil Anda dan upload IC Anda untuk tujuan stock release.
  • Login di sistem Public Gold (https://publicgold.com.my/index.php?route=account/login).
  • Next klik My Account > Update Profile.
  • Pilih ikon menu 3 baris di belakang penjuru kanan sebelah atas.
  • Klik Order.
cara pembelian emas public gold outright purchase
  • Pilih Purchase Order.
cara beli emas fizikal public gold
  • Pilih emas (item) yang hendak dibeli.
  • Kemudian klik “Add to Cart“. Anda perlu login untuk ke step seterusnya.
cara beli emas atas talian public gold outright purchase
  • Untuk tambah item emas klik Update Cart.
  • Jika Anda sudah selesai memilih item emas, klik Proceed to Next Page.
cara beli emas fizikal secara online
  • Pilih “Easy Payment Plan” dan “jumlah bulan” pada bahagian Please Select Payment Option.
  • Pilih “Pickup at Branch” sebagai collection method.
  • Kamudian “Select Branch to Pickup“.
  • Jika Anda membeli emas untuk diri sendiri pilih “Myself” di bahagian Purchase Order For.
cara membeli emas dengan easy payment plan method
  • Tick “I Agree and Understand of the Terms & Conditions and Cancellation Policy (Required)“.
  • Isi TAC Number yang diterima melalui email atau SMS.
  • Klik Send TAC.
  • Klik “Confirm and Proceed to Payment“.
pembelian emas public gold malaysia outright purchase
  • Buat payment.
  • Selesai

Cara Beli Emas Dalam Talian Via KAB Gold

JAV Gold adalah salah satu institusi yang paling dipercayai di Malaysia yang melayani transaksi jual beli emas. Terdapat 2 tokoh besar yang memainkan peranan penting dalam KAB Gold, iaitu Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar dan Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri.

Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar ialah Pengasas dan juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Selain itu, Datuk Dr. Mohd Daud juga telah menyumbang sebagai sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Astana International Financial Centre (AIFC), First Abu Dhabi Bank (UAE), dan Permodalan Nasional Berhad.

Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri atau lebih dikenali sebagai Ustaz KAB adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd.

Beliau juga adalah pemilik Kumpulan Syarikat KAB iaitu KAB Media, KAB Foods and Beverages, Pertubuhan KAB dah Koperasi KAB.

Untuk membeli emas di KAB Gold, terdapat beberapa langkah yang perlu Anda lakukan terlebih dahulu iaitu seperti berikut:

  • Layari laman web rasmi KAB Gold (https://www.kabgold.my).
  • Lengkapkan borang pendaftaran (Full Name, ID Type, ID No, Introducer Code (jika ada), Email, Contact No, Password, Occupation, Industry, Address, City, Postcode, State).
  • Tick “by click Agree and Continue, I hereby: …“.
  • Tick “I am Human“.
  • Klik “Agree and Continue“.
beli emas dalam talian kab gold
  • Semak emel dalam inbox dan klik “Verify Email Address“.
cara beli emas di kab gold
  • Next login di laman web KAB Gold.
  • Anda boleh lihat sejarah harga emas bagi tempoh beberapa hari kebelakangan ini.
  • Tekan butang “Buy Now“.
beli emas kab gold
  • Anda akan dibawa ke profil page dan Anda boleh lihat tarikh anda menjadi ahli dan jumlah simpanan yang ada.
  • Tekan butang “Buy Now“.
buy gold at kab gold
  • Pilih berat emas yang ingin dibeli.

Minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM68 (berdasarkan harga emas RM272 segram).

  • Tekan butang “Continue with Purchase“.
pilih payment method at kab gold
  • Semak data maklumat emas yang akan Anda beli.
  • Jika OK, tekan butang “Proceed To Payment“.
gold purchase confirmation kab gold
  • Pilih payment method (FPX atau akaun bank pilihan Anda).
  • Cetak resit rasmi pembelian emas.
invoice kab gold
  • Selesai

Cara Beli Emas Atas Talian Via Hello Gold

Anda perlu tahu bahawa Hello Gold ini adalah aplikasi yang boleh Anda gunakan untuk membeli emas secara online menggunakan smartphone patuh syariah dan Anda boleh membeli emas bermula dari RM1.

Kini Anda tidak perlu risau lagi untuk dapat menyimpan emas secara fizikal kerana emas yang Anda beli di Hello Gold mempunyai ketulenan 99.99% dan disimpan di dalam bilik kebal Singapura dengan tahap keselamatan terkini.

Untuk membeli emas di Hello Gold, terdapat beberapa langkah yang perlu Anda lakukan terlebih dahulu iaitu seperti berikut:

  • Download app Hello Gold di Play Store atau App Store.
  • Klik butang “Create Account / Sign Up“.
aplikasi hello gold
  • Next masukkan email dan password yang Anda ingin gunakan.
  • Tick “I Agree to the …“.
  • Klik Continue.
  • Check email Anda, kerana Anda menerima email pengesahan dari Hello Gold.
  • Klik pautan di email Anda.
cara beli emas di hello gold malaysia
  • Masukkan promo code (jika ada).
  • Klik Continue.
  • Klik Apply & Continue.
  • Klik Continue Registration.

Untuk proses pengesahan anda perlu masukkan gambar IC depan dan belakang.

  • Klik Continue, untuk masukkan gambar IC depan dan belakang.
cara daftar akaun hello gold
  • Kemudian Anda perlu selfie. Ini proses pengesahan Anda adalah owner kepada IC Anda upload tadi.
  • Kemudian tunggu Hello Gold proses. Apabila berjaya Anda akan terima email dari Hello Gold.
cara daftar akaun hello gold online
  • Login dan mula membeli emas.
cara beli emas di hello gold mula rm50
  • Selesai