Di Malaysia, memang banyak institusi kewangan yang menawarkan produk kad kredit. Salah satunya ialah Maybank.
Institusi kewangan bank ini sudah tentu dikenali ramai orang di Malaysia. Malah, institusi kewangan ini adalah antara bank terbesar di Malaysia.
Oleh itu, tidak hairanlah perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh Maybank adalah sangat berkualiti dan terbaik di Malaysia.
Termasuklah produk kad kreditnya iaitu Maybank 2 Gold Cards yang ramai orang ingin memohon kad kredit ini. Okay, dalam artikel ini kita akan bercakap tentang Maybank 2 Gold Cards sepenuhnya.
Apa Itu Maybank 2 Gold Cards?
Maybank 2 Gold Cards merupakan salah satu produk kad kredit yang ditawarkan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad). Kad kredit ini adalah sejenis kad kredit Amex (American Express).
Ini kerana dengan setiap kelulusan kad kredit ini, Anda akan menerima 1 kad kredit Maybank 2 MasterCard atau Visa secara percuma.
Produk kad kredit yang ditawarkan oleh Maybank ini menawarkan beberapa keistimewaan dalam bentuk rebat tunai (cashback) dan mata ganjaran (reward points).
Ganjaran rebat tunai ni melalui program Maybank 5% Weekend Cash. Ini bermakna Anda akan mendapat rebat tunai sebanyak 5% untuk semua perbelanjaan Anda pada hujung minggu.
Mata ganjaran diberikan dalam bentuk TreatPoints untuk semua perbelanjaan menggunakan kad kredit Maybank 2 Gold Cards, sama ada MasterCard atau Visa.
Selain itu, sebagai pemegang kad kredit Amex (American Express), Anda juga akan mendapat keistimewaan tambahan seperti diskaun sehingga 50% untuk perbelanjaan tertentu.
Jika Anda ingin memindahkan baki Anda dari kad yang lain, Maybank juga menawarkan pelan Maybank Balance Transfer Program untuk memudahkan Anda.
Apa itu?
Dengan menggunakan ciri ini, Anda boleh membuat pemindahan baki serendah RM1,000 dengan bayaran sehingga 36 bulan.
Satu lagi yang menarik ialah Maybank menawarkan sehingga 2 pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) bersama dengan kad kredit Maybank 2 Gold ini.
Anda boleh memilih antara pelan Maybankard Ezypay atau pelan Maybankard Ezypay plus, untuk mendapatkan barangan idaman Anda.
Dalam kes ini anda hanya perlu membuat pembelian serendah RM50 untuk dapat memenuhi syarat untuk mendapatkan ciri ini.
Anda juga tidak perlu risau jika Anda memerlukan wang tunai dengan segera. Ini kerana Maybank menawarkan 2 pelan ansuran tunai (Cash Advance/Loan) jika Anda menggunakan kad kredit ini.
2 pelan ansuran tunai yang ditawarkan oleh Maybank ialah pelan Maybankard Ezycash dan Maybankard Cash Treats.
Ciri Utama Maybank 2 Gold Cards
Kad kredit yang ditawarkan oleh Maybank merupakan antara produk kad kredit yang sangat diminati ramai orang di Malaysia.
Ini kerana kad kredit ini mempunyai banyak ciri menarik yang sangat bermanfaat dan memudahkan Anda sebagai pengguna.
Berikut adalah beberapa ciri menarik yang ditawarkan oleh kad kredit Maybank 2 Gold Cards.
1. Rebat Tunai (Cashback)
Dengan menggunakan kad kredit dari Maybank ini, Anda akan mendapat rebat tunai sebanyak 5% untuk setiap perbelanjaan yang Anda belanjakan menggunakan kad kredit ini.
Anda boleh mendapatkan ciri ini jika Anda menggunakan kad kredit Maybank 2 American Express Gold pada hujung minggu.
Ciri ini ditawarkan oleh Maybank melalui program Maybank 5% Weekend Cash. Rebat tunai ini terhad kepada RM50 sebulan.
Jenis Rebat Tunai | Kadar Rebat Tunai | Had Bulanan | Perbelanjaan |
---|---|---|---|
Semua perbelanjaan (dalam dan luar negara). | 5% | RM50 | Sebarang amaun setiap hujung minggu. |
2. Mata Ganjaran (Reward Points)
Selain mendapat rebat tunai, Anda juga akan mendapat 5 mata ganjaran untuk setiap RM1 yang Anda belanjakan menggunakan kad kredit ini.
Anda akan mendapat mata ganjaran ini jika Anda menggunakan kad kredit ini pada hari bekerja (kecuali hari Minggu).
Selain itu, Anda juga akan mendapat 1 mata ganjaran untuk setiap RM1 yang Anda belanjakan menggunakan kad Maybank2 MasterCard atau Visa.
Semua mata ganjaran yang Anda akan dapat diberikan dalam bentuk Maybank TreatPoints.
Jumlah Mata Ganjaran (Point) | Jumlah Perbelanjaan (RM) | Jenis Perbelanjaan |
---|---|---|
5 | RM1 | Semua perbelanjaan runcit dengan Maybank 2 American Express pada hari biasa. |
1 | RM1 | Semua perbelanjaan dalam kategori utiliti, pembelajaran, insurans dan ansuran EzyPay dengan Maybank 2 American Express. |
1 | RM5 | Semua perbelanjaan dengan Maybank 2 MasterCard atau Visa. |
3. Ganjaran Petrol
Dengan menggunakan kad kredit yang ditawarkan oleh Maybank ini, Anda juga akan mendapat 5 mata ganjaran setiap kali Anda mengisi minyak dengan kad American Express.
Atau Anda juga akan mendapat 1 mata ganjaran apabila Anda membeli minyak dengan kad kredit MasterCard atau Visa.
Mata ganjaran petrol ini sudah tentu terhad kepada RM500 setiap transaksi dan untuk transaksi melebihi RM500, Anda akan mendapat 1 mata ganjaran.
4. Ciri Premium
Inilah antara ciri menarik yang menyebabkan ramai orang di Malaysia yang ingin menggunakan kad kredit yang ditawarkan oleh Maybank ini.
Dengan menggunakan kad kredit dari Maybank ini Anda akan mendapat penjimatan sehingga 50%.
Sudah tentu Anda boleh mendapatkan diskaun ini jika Anda menggunakan kad kredit Maybank 2 Gold American Express di SPG hotel dan resort di Malaysia.
5. Pelan Pemindahan Baki (Balance Transfer)
Satu lagi ciri menarik yang ditawarkan oleh kad kredit ini ialah “Maybankard Balance Transfer Program”. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Anda boleh memindahkan baki Anda ke kad kredit Maybank.
Anda boleh membuat pemindahan dengan minimum RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang sangat rendah. Untuk tempoh pembayaran balik sehingga 36 bulan.
Tempoh Bayaran (Bulan) | Caj Pengendalian (%) | Kadar Faedah (% p.a) | Jumlah Pindahan Minimum (RM) |
---|---|---|---|
6 | 1.88% | Tiada | RM1,000 |
9 | Tiada | 9% p.a | RM1,000 |
12 | 3% | Tiada | RM1,000 |
24 | Tiada | 4.5% p.a | RM2,000 |
36 | Tiada | 4.95% p.a | RM2,000 |
6. Pelan Bayaran Ansuran Mudah (Easy Payment Plan)
Ciri-ciri menarik lain yang akan memudahkan Anda jika Anda menggunakan kad kredit dari Maybank ini ialah Maybankard EzyPay.
Dalam kes ini, Anda boleh menggunakan pelan pembayaran ansuran menggunakan ciri ini untuk pembelian minimum RM50.
Bayaran ansuran ini adalah dengan tempoh pembayaran selama 36 bulan tanpa sebarang caj faedah dan juga tanpa sebarang caj pengendalian.
Tempoh Bayaran (Bulan) | Caj Pengendalian (%) | Kadar Faedah (% p.a) | Pembelian Minimum (RM) |
---|---|---|---|
3 | Tiada | Tiada | RM50 |
6 | Tiada | Tiada | RM50 |
12 | Tiada | Tiada | RM50 |
18 | Tiada | Tiada | RM50 |
24 | Tiada | Tiada | RM50 |
36 | Tiada | Tiada | RM50 |
Selain menggunakan ciri Maybankard EzyPay, Anda juga boleh menggunakan ciri Maybankard EzyPay PLUS.
Ciri ini membolehkan Anda untuk menukar setiap pembelian yang Anda buat bernilai RM500 atau lebih kepada pelan pembayaran ansuran Maybankard EzyPay PLUS.
Untuk tempoh pembayaran boleh dikatakan sangat flexible dan semestinya ianya sangat mudah untuk Anda, iaitu dari 6 bulan hingga 24 bulan.
Tempoh Bayaran (Bulan) | Caj Pengendalian (%) | Kadar Faedah (% p.a) | Pembelian Minimum (RM) |
---|---|---|---|
6 | Tiada | 4.5% p.a | RM500 |
12 | Tiada | 9% p.a | RM500 |
18 | Tiada | 9% p.a | RM3,000 |
24 | Tiada | 9% p.a | RM5,000 |
7. Pelan Ansuran Tunai (Cash Instalment Plan)
Satu lagi ciri yang tidak kurang menariknya ialah pelan ansuran tunai. Anda boleh mendapatkan ciri ini dalam program Maybankard CashTreats dan Maybankard EzyCash / EzyCash-i.
Dalam program Maybankard CashTreats, Anda boleh mendapatkan pinjaman tunai daripada Maybank untuk minimum RM1,000.
Tempoh pinjaman ini agak panjang iaitu 36 bulan dengan caj kadar faedah tetap dan proses permohonan yang mudah (ringkas).
Tempoh Pinjaman (Bulan) | Kadar Faedah (% p.a) |
---|---|
6 | 8.88% p.a |
12 | 8.88% p.a |
18 | 8.88% p.a |
24 | 8.88% p.a |
30 | 8.88% p.a |
36 | 8.88% p.a |
Manakala program Maybankard EzyCash atau lebih dikenali sebagai EzyCash-i adalah pinjaman tunai dengan ansuran tunai kad kredit.
Menariknya EzyCash-i ialah tiada caj faedah (zero interest) dengan pinjaman minimum RM2,000 dan tempoh pinjaman selama 6 bulan.
Tempoh Pinjaman (Bulan) | Kadar Faedah (% p.a) |
---|---|
6 | 0% p.a |
8. Pembayaran Tanpa Sentuh (Contactless Payment)
Inilah antara ciri kad kredit yang jarang kita temui pada kad kredit yang ditawarkan oleh institusi kewangan lain di Malaysia.
Ciri ini juga antara sebab ramai orang di Malaysia yang inginkan kad kredit Maybank 2 Gold Cards. Ini kerana ciri ini akan memudahkan Anda.
Kad kredit Maybank 2 Gold Cards menawarkan ciri pembayaran tanpa sentuh (contactless payment), iaitu Amex Contactless.
Caj dan Yuran Maybank 2 Gold Cards
Selain menawarkan banyak ciri menarik yang akan memudahkan Anda dalam menggunakan kad kredit Maybank 2 Gold Cards.
Maybank juga menawarkan caj dan yuran yang sangat berpatutan jika dibandingkan dengan jenis kad kredit yang sama yang ditawarkan oleh institusi kewangan lain.
Berikut adalah butiran caj dan yuran yang dikenakan oleh Maybank 2 Gold Cards:
Yuran Tahunan (Principal Cardholder) | Percuma |
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) | Percuma |
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) | RM25 untuk setiap pemegang utama dan pemegang tambahan kad kredit. |
Bayaran Bulanan Minimum | RM25 atau 5% dari amaun tertunggak. |
Caj Lewat Bayar | RM19 atau 1% dari amaun tertunggak. |
Had Pendahuluan Tunai Harian | Tiada |
Caj Pendahuluan Tunai | RM18 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi). |
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai | 18% |
Syarat dan Terma Kelayakan Memohon Maybank 2 Gold Credit Cards
Secara keseluruhannya, terma dan syarat untuk memohon Kad Kredit Maybank 2 Gold adalah sangat mudah dan ringkas.
Pada asasnya kad kredit ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja (warganegara Malaysia), baik lelaki mahupun perempuan dengan gaji kasar RM2,500 sebulan atau RM30,000 setahun.
Syarat umur minimum untuk pemegang kad kredit utama (principal) ialah 21 tahun. Manakala syarat umur minimum bagi pemegang kad kredit tambahan (supplementary) ialah 18 tahun.
Untuk terma dan syarat yang lebih lengkap untuk memohon kad kredit Maybank 2 Gold, Anda boleh lihat fail PDF dari Maybank di bawah.
Cara Mohon Maybank 2 Gold Credit Cards
Terdapat 2 cara Anda boleh memohon kad kredit Maybank 2 Gold Cards ini iaitu secara online dan mengunjungi cawangan Maybank yang berdekatan.
Jika Anda ingin mendaftar secara online, anda boleh mendaftar melalui laman web rasmi Maybank (https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/promotions/maybank_cards/promo_my_cardsstp0219.page?).