Semakan Status Terbaru (Duit Masuk) | Pinjaman KWSP FSA2

Pemeriksaan Kedudukan Pinjaman KWSP FSA2 (MBSB & BSN)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjelaskan mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

Di mana semua ahli KWSP yang merupakan warganegara Malaysia dan berusia di bawah 55 tahun, berhak untuk membuat notis awal bagi Pengeluaran pada Usia 50 Tahun atau 55 Tahun.

Syaratnya, mereka perlu mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP mereka.

Di sini, kami kongsikan panduan bagaimana anda boleh memeriksa kedudukan status permohonan FSA2 anda.

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Had Maksimum Pembiayaan Telah Ditentukan pada RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP, dengan tempoh bayaran balik selama 10 tahun.

Setelah permohonan diluluskan, para ahli berpeluang mengemukakan permohonan awal untuk Pengeluaran Bersyarat pada Usia 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP.

Hal tersebut berasaskan jumlah pembiayaan peribadi yang telah mendapat kelulusan daripada institusi perbankan yang bersangkutan.

Simpanan yang terdapat dalam Akaun 2 hanya boleh digunakan untuk menampung pembiayaan peribadi ini melalui permohonan awal untuk Pengeluaran Bersyarat pada Usia 50 Tahun atau 55 Tahun, dengan merujuk kepada pengeluaran yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta).

Namun demikian, pengeluaran ini adalah tertakluk kepada syarat di mana pembayaran akan dilakukan hanya kepada institusi perbankan setelah ahli mencapai usia antara 50 hingga 55 tahun, seperti yang termaktub dalam Akta tersebut.

Semakan Status Pinjaman KWSP FSA2

Untuk memeriksa melalui i-Akaun KWSP, berikut langkah-langkahnya:

Log masuk ke i-Akaun KWSP anda

Klik “Withdrawal”

Klik “Withdrawal History”

Klik “Conditional Withdrawal Age 50/55”

Anda akan melihat status “Diluluskan” bagi yang telah mendapat kelulusan dan telah melengkapkan permohonan FSA2.

Jika anda tidak menjumpai baris ini, klik ke halaman terakhir <Last> kerana ianya terdapat dalam barisan yang terakhir.

Maka maklumat dan status “Belum Dibayar” atau “Telah Dibayar” akan dipaparkan

Sila lihat contoh di atas untuk status “Unpaid“, ini bermakna dana Mjourney belum diterima.

Link KWSP: https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member?fbclid=IwAR08VTrtSH4PtvJibiWvEtHzM06kHhiSINXb2y5lxMTjn69ZXlqXM5ghZaI

Semakan Status Permohonan KWSP BSN

semakan status permohonan kwsp bsn

Sebelum anda menyemak status permohonan BSN KWSP, sudah tentu anda perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu dan seterusnya Anda boleh semak status permohonan KWSP BSN anda dengan langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web www.bsn.com.my/page/insan-i dan klik “mohon sekarang“.
  • Memahami dan menerima kesedaran & kefahaman mengenai fasiliti sokongan akaun 2.
  • Isi nama dan kad pengenalan, semak kelayakan KWSP untuk permohonan.
  • Klik teruskan dan sahkan identiti anda menerusi nombor TAC yang diterima.
  • Isikan jumlah dan tahun pembiayaan yang ingin dipohon.
  • Lengkapkan maklumat yang diberikan di dalam borang permohonan pembiayaan.
  • Permohonan anda akan diproses dalam masa 5 hari bekerja berdasarkan penilaian kredit dan status bankrap.
  • Notifikasi SMS akan dihantar sekiranya permohonan diluluskan dan seterusnya melakukan penerimaan tawaran pembiayaan secara talian.
  • Anda boleh menyemak status permohonan melalui www.bsn.com.my/page/insan-i menggunakan ID dan password yang didaftarkan.

Semakan Status Permohonan KWSP MBSB

semakan status permohonan kwsp mbsb

Berdasarkan situs pemberitahuan rasmi MBSB Bank bahawa anda akan menerima pengesahan melalui SMS sebaik sahaja permohonan anda diterima.

Anda boleh melayari www.fsa2mbsbbank.com mulai 15 April 2023 untuk menyemak status permohonan Anda.

Sila ikuti panduan berikut ini selepas anda menerima SMS berkaitan kelulusan permohonan KWSP anda.

  • Selepas anda menerima notifikasi SMS, sila log masuk ke www.fsa2mbsbbank.com, dan klik “Semak Permohonan Saya“.
  • Masukkan nombor IC dan nombor mudah alih anda.
  • Halaman tawaran pembiayaan akan dipaparkan.
  • Muat naik KP anda (depan & belakang) dan swafoto bersama KP anda.
  • Baca pengisytiharan pembiayaan dan deposit serta terma & syarat.
  • Selanjutnya klik pada kota di bawah dan “terima“.
  • Pop-up mesej akan keluar untuk menerima pelantikan wakalah MBSB Bank > klik “OK“.
  • Lengkapkan notis permohonan pengeluaran bersyarat 50/55 > kemudian klik “terima“.
  • Anda akan diarahkan ke laman KWSP untuk pengesahan TAC.
  • Sila masukkan TAC yang dihantar ke nombor telefon mudah alih anda.
  • Setelah selesai, halaman penerimaan pembiayaan akan dipaparkan bersama nombor akaun pembiayaan anda.
  • Anda akan dimaklumkan melalui SMS sebaik sahaja pembiayaan dikreditkan ke akaun simpanan anda.
  • Sila daftar ke perbankan dalam talian M Journey atau apl mudah alih M Journey menggunakan nombor akaun simpanan anda.
  • Selesai