TEKUN NASIONAL telah melancarkan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) sebagai bentuk bantuan kewangan untuk memulihkan dan memulakan semula perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Salah satu keistimewaan SPIM adalah jumlah pembiayaan yang ditawarkan, iaitu sehingga RM10,000.
Tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan (0%), serta memberikan tempoh moratorium selama 12 bulan.
Pembiayaan ini diwujudkan dengan tujuan menyokong usaha Kerajaan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan dalam sektor perniagaan, terutamanya bagi para usahawan kecil dan sederhana serta sektor informal.